Saturday, 26 March 2011

Moga-moga di permudahkan perjalanan hijrah ini....

teringin seperti ini...
hari nie..tetiba hati nie merontaa utk berubah..enthla....bila termenung panjang td..lalu sorang perempuan bertudung labuh, sejuk hati..fikiran aku cuma satu..'bila yea aku nie nk mcm dia'?? Means, dari segi pakaian..pertuturan..fikiran..and everything!!!..rasanya dah tiba waktunya aku jd mcm dia...dah cukup rasanya mcm nie..aku nak sangat mcm dia.but...korang jgn salah anggap pla..bkn aku nak berubah sbb budak pmpuan td..but ikhlas kerana Allah..bila korang baca post aku kali nie..aku x heran dah korang nk kutuk aku apa..niatku makin kuat utk berubah..makin kuat utk cari jalanMu...tapi belum sepenuhnya kekuatan itu aku miliki...
setiap manusia ada membuat kesilapan..cz this mistake make me learned something that i need to change everything about my life...everytime i'll think...and think about the mistake..hopefully taubatku di terimaMu Ya Allah...so..hope lepas nie..jgnla ada yg salah anggap pla..doakan aje aku nie mampu tunaikan apa yg aku impikan kali nie.

YA ALLAH,
JADIKANLAH AKU WANITA YANG TABAH, SABAR DAN SOLEHAH, YANG TERBAIK DI ANTARA YANG TERBAIK. DAN KURNIAKANLAH AKU PENDAMPING YANG BAIK DALAM MENDAPATKAN SESUATU YANG TERBAIK DARIMU...

YA ALLAH...-WALI....

Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah


Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba 
Aku percaya Kau sayang padaku


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah


Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah


Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah


Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

Thursday, 24 March 2011

Aku Ceraikan kau.....

Nabi Muhammad SAW pernah menasihatkan bahawa tanggung jawab seorang ayah ialah mengahwinkan anak gadisnya cepat-cepat. Lalu baginda ditanya, lelaki macam mana yang hendak dipilih? Baginda menjawab, “Carilah lelaki yang beriman dan bertaqwa. Kalau dia sukakan anak kamu, dia akan menyayanginya dengan penuh kasih sayang. Tapi kalau dia tak suka pada anak kamu, dia takkan menzalimi isterinya…” Menzalimi ni bermaksud, macam gantung tak bertali, tidak diceraikan isterinya, tetapi tidak disempurnakan tanggung jawab nafkah zahir dan batin. Mungkin juga menzalimi dengan cara zihar, macam yang orang Arab Jahiliyyah dulu selalu buat untuk merendahkan martabat isteri, zihar ni bermaksud menyamakan tubuh isteri dengan ibu si suami. Boleh juga dianggap menzalimi isteri apabila suami berzina di luar dengan wanita lain yang bukan isterinya, sedangkan yang halal ada di rumah. Kes-kes belasah isteri, penderaan mental, melacurkan isteri sendiri, etc. adalah contoh-contoh suami yang berlaku zalim pada isteri. Dan banyak juga kisah, suami yang kahwin lain, asyik mahsyuk dengan bini muda dan buat tak tahu dah dengan isteri pertama, itupun zalim namanya. Bila direnung nasihat Rasulullah SAW ni, terasa betapa mendalamnya maksud baginda. Sebab tu kita boleh tengok generasi datuk nenek kita dulu. Diorang kahwin arranged marriage, tak wujud rasa cinta, malah ada yang lepas bercucu-cicit pun masih belum timbul rasa cinta. Amazingly diorang tak bercerai hingga ke akhir hayat, boleh aje hidup elok-elok walaupun terpaksa berpura-pura, in fact semua tanggung jawab zahir batin mampu saja dilaksanakan dengan sempurna. The point is, takde rasa cinta bukan lesen untuk menzalimi isteri. Bear in mind, once diterima akadnya, isteri tu jadi amanah buat suami yang bakal ditanya oleh Allah di Padang Mahsyar kelak.
Boleh juga dihujahkan, adakah nasihat Rasulullah itu bermakna bahawa bila husband dah tak suka pada his wife, then to avoid dari berlaku zalim, ceraikanlah isteri itu dengan cara yang baik, begitukah? Sebab ada aje yang cakap, kalau dah tak suka, lepaskan aje, biar isteri cari suami lain, biar isteri cari kehidupan baru, biar isteri kecapi kebahagiaan sendiri yang tak mungkin dikecapi dalam perkahwinannya. Well, cerai ni sepertimana semua orang tahu, merupakan perkara halal yang paling dibenci Allah. Sebab tu jangan letakkan pada pertimbangan akal dan emosi suami isteri semata-mata to turn to that last resort when dispute arises. Waktu berkelahi, sama-sama tengah panas, sama-sama tak waras. Pulak tu ada third party interferes, mak ayah la, adik-beradik la, kawan-kawan la, bekas boyfriend or girlfriend la, lagilah keputusan untuk bercerai tu jadi terlalu banyak penyebabnya. Actually undang-undang syariah kat Malaysia ni kira okay jugalah, memperuntukkan bahawa kalau lafaz cerai dilafazkan di luar mahkamah, boleh didenda RM1000. Walaupun orang kaya tak heran pun kalau setakat denda RM1000, tapi sebenarnya tujuan undang-undang ni dibuat ialah untuk memastikan pasangan Muslim kalau nak bercerai pun, pergi kaunseling dulu, pergi court dulu, biar hakim yang putuskan sama ada pasangan tu sesuai bercerai atau tidak. Mungkin penyelesaian masalah mereka bukan terletak pada perceraian, tapi ada solution lain. Yang tu biar hakim yang tentukan, sebab hakim ni ada ilmu, ada pertimbangan yang jauh lebih baik dari pasangan yang tengah bertelagah tu. Kalau lepas perbicaraan, hakim rasa memang this couple lebih elok bercerai dari terus bersama, then hakim akan order si suami untuk melafazkan talak dalam mahkamah. Lafaz talak tu dilafazkan dalam suasana yang tenang, after all relevant issues have been considered by qadhi. Macam tu ye sepatutnya, wahai para suami sekelian. Bukan main suka-suka hati lafaz talak kat merata-rata tempat, bukan ikut mana sempat aje sampaikan talak dilafaz through SMS, bukan ikut sedap mulut nak lafaz guna perkataan macam-macam dengan double meaning sampai kena clarify kat court, bukan main rembat aje lafaz cerai hari ni esok tarik balik minggu depan cerai semula.
Cuba bayangkan… Ada yang menceraikan isteri hanya selepas 12 hari berkahwin, inai kat jari pun belum hilang lagi. Ada yang menceraikan isteri just after a month, saudara mara sebelah isteri pun tak habis kenal lagi. Ada yang menceraikan isteri hanya selepas dua tiga tahun berkahwin, personal loan buat belanja kenduri kahwin dulu pun belum habis bayar lagi. Ada yang menceraikan isteri ketika isteri tengah mengandung, dibiarkan isteri terkontang-kanting jaga diri sendiri throughout pregnancy. Ada yang menceraikan isteri ikut sesedap rasa, siang cerai, malam rujuk, minggu depan cerai lagi, sampaikan bila kes dibawa ke mahkamah, dah tak tahu dah berapa kali sebenarnya cerai rujuk diorang. Ada yang menceraikan isteri sebab nak kahwin lain dan bakal isteri baru tak sanggup bermadu, sebaliknya minta si suami ceraikan isteri tua siap-siap, lalu isteri yang dah hidup sekian lama dengan dia dicampak ke tepi macam kain buruk. Ada yang menceraikan isteri dengan cerai taklik, sometimes lafaz taklik yang sangat ridiculous, contohnya kalau isteri bercakap dengan lelaki maka jatuh talak tiga, hiduplah isteri penuh berjaga-jaga, nak jadi cerita isteri terangkat telefon dan caller tu adalah lelaki, terus jatuh talak tiga. Ada yang menceraikan isteri setelah beranak-pinak tujuh lapan orang, ditinggalkan isteri macam tu aje suruh besarkan anak-anak tanpa diberi nafkah. Ada yang menceraikan isteri ketika isteri takde pekerjaan, dahlah without any qualification, sebab dulu-dulu kahwin lepas SPM dan suami tak izinkan continue studies, so bila diceraikan isteri buntu nak meneruskan hidup macam mana. See? Itulah contoh-contoh bagaimana perceraian itu adalah satu bentuk penghinaan dan kezaliman yang dilakukan oleh seorang suami kepada isterinya!
Suami yang menceraikan isterinya tanpa sebab yang kukuh adalah suami yang zalim. Zalim dari perspektif merendahkan martabat seorang wanita, menganggap isteri sebagai barang yang tiba masanya akan buruk, busuk, basi, tak berguna dan tak diperlukan. Apa definisi “sebab yang kukuh” yang membolehkan lafaz cerai? Yang ni biar qadhi yang tentukan, adakah masalah rumah tangga tu sampai perlu kepada perceraian. “Aku ceraikan kau!” samalah seperti mengatakan bahawa si isteri tidak lagi diperlukan dalam hidupnya sebagai suami. I selalu tertanya-tanya, sepanjang hidup berumah tangga, setelah isteri menyerahkan tubuhnya, jiwa raganya dan maruahnya menjadi milik suami, setelah isteri mengabdikan dirinya untuk menguruskan rumah tangga dan keperluan suami, setelah isteri berkorban mengandung, melahir dan membesarkan zuriat suaminya, takkan takde secebis pun perasaan suami untuk mengangkat martabat isterinya ke tempat yang sewajarnya? Bila bergaduh aje, terus isteri ditendang keluar dari hidupnya macam takde nilai. Sebab tulah I menganggap lelaki yang menceraikan isterinya ni sebagai lelaki yang tempang agamanya. Even kalau dia claimed lafaz cerai tu diucapkan secara tak sengaja ketika sedang marah, itupun sebenarnya menunjukkan dia bukan lelaki yang baik, sebab dia takde pertimbangan akal yang waras dan pegangan agama yang jitu. Kalau dia lelaki yang baik, dia akan ikut macam sabda Rasulullah tu, jangan menzalimi isteri hanya sebab tak suka, dah bosan, bengang, tengah marah, isteri yang provoked, salah faham, etc. Lelaki macam ni, talak tu jadi mainan mulut dia. Kalau mereka rujuk semula, ada aje possibilities untuk perceraian berlaku kali kedua. Kalau ditakdirkan dia kahwin semula dengan perempuan lain esok-esok, tak mustahil dia bercerai lagi. Tengok aje keliling kita, banyak aje contoh yang berlaku.
Mari kita berdoa, agar lelaki-lelaki yang kita sayangi… suami, adik-beradik lelaki, anak-anak lelaki, saudara-mara lelaki, kawan-kawan lelaki, orang-orang lelaki yang kita kenal, tidak tergolong dalam lelaki-lelaki yang berlaku zalim terhadap isteri masing-masing. Kenapa Allah anugerahkan kuasa talak itu di tangan lelaki, bukan di tangan perempuan? Sebab Allah Maha Mengetahui, bahawa kaum Adam lebih layak dan lebih bijaksana untuk menjaga kuasa talak itu. Tapi bila kaum lelaki gagal menjaga kuasa talak itu, sebaliknya menjadikan lafaz cerai sebagai bahan mainan, bukti kemenangan dan alat mempertahankan ego, mereka sebenarnya lelaki yang tidak perlu dihormati.

rasa bahagia itu andai........

Paradigma Mukmin
BAHAGIA belum tentu tersimpan di istana yang megah.
Bahagia pada sepasang kekasih tentu ada pasang surutnya.
Di manakah bahagia?
Pada keluasan ilmu, rezeki dan pangkat atau duduk bercengkerama dengan isteri dan anak?
Ternyata itu semua boleh juga menggoncang perasaan, memerah otak jadi lemah,
badan kering dan layu – sakit di hati yang susah mengubatinya.
Pakar motivasi mengatakan: “Anda adalah apa yang anda fikirkan mengenai diri anda.
Rasulullah SAW memberi motivasi lebih bernas, sabda Baginda bermaksud: “Sungguh hebat keadaan orang mukmin, mereka sentiasa berkeadaan baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali pada diri orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, hal ini adalah kebaikan. Dan jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, itu juga kebaikan.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Semuanya baik, baik dan baik. Apa-apa yang Allah pilihkan untuk kita adalah baik. Apabila sakit ubatnya adalah senyum dan redha.
Diuji dengan kekurangan harta tidak menjadi masalah bagi orang yang percaya bahawa bukankah selama ini Allah memberi lebih banyak daripada mengambil. Ibnu Mas’ud apabila ditanya: “Apakah engkau bersedih kerana kehilangan sebelah kakimu?” Beliau menjawab: “Bukankah Allah meninggalkan untukku yang sebelah lagi?
Orang banyak mengatakan: “Bahagia itu adalah kepuasan hati.” Tetapi, pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan pernah puas? Selagi mana dia berada di dunia, pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kaya, cantik, sihat dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah dipenuhi dengan sempurna.
Selamilah dasar hati anda, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu ada pada sifat redha. Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Seperti rimbunan pohon di tengah panas yang terik, umpama hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa memujuk hati yang luka.
Sesungguhnya apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah lebih mengetahui apa yang ’sesuai’ untuk kita. Dia yang memilih, yang Maha sempurna aturan-Nya, yang suci daripada cacat cela atas segala pentadbiran-Nya.
Sebagai manusia biasa ada kalanya kita ‘tidak terima’ dengan apa yang terjadi pada diri. Tetapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras, hanya ‘terkejut’ dipuncaknya, kemudian surut dengan perasaan redha atas ketentuan-Nya. Firman Allah: “Allah pun redha ke atas diri mereka dan mereka pun reda dengan pemberian-Nya.” (Surah Al-Bayyinah, ayat 8.)
Ada dua rahsia yang terkandung dalam kalimah Allah itu. Pertama, ayat ini cuba memujuk kita bahawa apa yang datang kepada kita semuanya adalah hadiah pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah yang paling mahal, tetapi kadang-kadang manusia menganggap cuma nikmat paling berharga.
Kedua, wujudnya hubungan kasih sayang di antara Allah dan hamba-Nya. Sayang akan melahirkan redha ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. Kerana sayang, masakan isteri yang kurang garam terasa sedap juga. Kekasih yang menduga dan menyakiti hati kita terpaksa kita redha sebab sayang.
Tetapi, mengapa pula kita merajuk jika Allah menguji kesetiaan cinta kita. Jika sakit mengeluh panjang, lupa dengan hari-hari ketika sihat. Kalau rugi semua orang diamuk, di pejabat, di pasar, di rumah, di jalan raya semua terkena tempias kemarahannya. Rugi yang sedikit itu telah menutup kurniaan Allah yang banyak pada rezekinya selama ini.
Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat redha. Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan duit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia. Tetapi, bukan bahagia yang ‘diam’ dalam hati, ia cuma menempel sebentar pada dinding hati kemudian lenyap begitu cepat.
Carilah bahagia yang hakiki di atas jalan yang telah dibentangkan oleh kekasih Allah, Muhammad SAW. Bahagia itu adalah redha. Cukup senang formulanya, tetapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.

Tuesday, 22 March 2011

i'm..daaa bfday gurlll today???

alhamdulillah....
aku bersyukur padaMu Ya Allah..
masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumiMu..
hari nie..genap 21 tahun usia aku..
hohoho..makin hari...makin meningkat...
tup...tup...selamat tinggal dunia...
MasyaAllah...begitu singkat rupanya perjalanan hidup ini...
masa kecil...nk cepat2 besar...dah besar...nk kembali kecil..
lumrah kan...
urm..even today i'm not really happy..but..atlease...you still remember me...n still send your sms wish my bufday...thanx..tamar...hahaha..spekanggg mukanggg laaa plopp...
mata  bengkak...time bufday,,,,,
first time kotttttttt....
asyikkkk happy jea...thn nie...mata kalahkan mata katak dah bengkakkk....
ooooooo
x pe...mungkin sudah tertuliskan begini....
thanx kepada yg wishhh bufday aku...
x larat rasa nk reply sume sms..
lbh2 lg...otak tgh serabut...dok mikir...masalah..
ngalahkan P.M pla kan...haahahahha...
apo kaitan pn aku x taw pic nie dgn post aku kali nie...

~waterfall sungai pisang Gombak~


on 19 and 20 march..
...aku join group TREX b'camping di waterfall sungai pisang gombak...
mula2...mmg x da mood nk p mikirkan byk sgt masalah kt otak nie...
last2...minutes pikir balik...bosan amat kt bilik nie..
packing barang pn ala kadar jea...huh...simple kan..haversack bukan main kosong lg utk camping kali nie...nk bg beg nmpak full...aku tarokkk skali bantal dalam beg tue...bukan nk tido selesa kt sane tapi...nk bg beg nmpk cun bila berjalan...huhuhu..
berkumpul di kolej tun razak dalam kul 7.30pg...budak2 lain tgk aku pelik semacam jea...entahla..lantakla...pelik kot...aku naik teksi...hahaha...aku sesat la der join camping kelab korang...semata2 nk settlekan sijil level 2..ape2 pn thanx untuk HAIDAR ZAINI...
urm...bas sampai awal pla..dah la pakcik bas mcm angin jea...kalut sume naik bas bila dgr bebelan pakcik bas ..hahaha..lawak jea...ape2 pn..mgkin sbb awal sgt kot...tapi...lepas jea berhenti di R&R Machap...mood pakcik bas kembali stabil...dah mampu membuat lawak...alhamdulillah...baru best p camping g nie kan...
our journey kali nie makn masa lbh kurang 6 jam jgk la...naik sakit kapla aku tido dalam bas tue...dgn pemanduaan pakcik bas yg cukup romantik tue...bukan romantik ape..berhati2 d jalan raya...=)
lebih kurang pukul 2ptg kami sampai di ALANG SENDAYU.....mcm Sendayu Tinggi jea...
ketibaan aku waktu tue..dgn hujan lebatnya...mmg mandi ujan laaa...belom sampai lagi kt site dah lencunnn...
slamat baju dalam beg sume dah cover...
b4 teruskan perjalanan....aku n da Trex's group berhenti rehat utk memasak tgh hari di tepi anak sungai...
fuh...time nie la...x kesah dah makan ape pn...janji masak..mcm2 gelagat aku tgk...ade yg siap taaachupp make up lagi...mmg power laa p cmping kali nie..budak group aku...buat2 blurrr nk masak ape...last2 kami hentam jea...nasi puteh+sosej pedas....makkk aiii...lepas makan...perut aku la plaaaaa...x slesa amat....clap menu pla...tp aku tgk yg lain relexxx jea....nk x nk...tahan jea laaa...toilet ade tp kureng sket...
bila sume group dah slesai masak n solat...kami meneruskan perjalanan mencari...pisang......
jalan2 sambil posing bawah terowong....
...menyusuri anak sungai..g

akhirnya....berjaya juaaa
banner yg mantap...tahniah pada yg design banner nie...

terdetik di hati...begitu indah ciptaan MU YA ALLAH...

tenang skejap...bila mengagumi kecantikan ciptaan Allah....

main masak2.....
penerangan tentang xtvt abselling oleh bakal calon Raja Lawak musim akan datang
begitu bersahaja yea...bro krul n bro syed kalo x silap la...
korang begitu khusyukk yea...
muka waa..x bley blaaaa
maakkk aiii....nana....x berkelipp mato ang yea..
xtvt yg paling best la kt cnie...
kalo x silap..nie si nana...
bestt wooo....abselling kali nie...mmg i'm floating laaaaaa
yg lemas pn ado time nie...
tarik...jgn x tarik....
si nisa...sempat lg..even hati dup dap..dup dap..cuak...hahaha
kak aween..........
HAIDAR ZAINI YG COOLLL
group mane la nie...
uihhhh..bestnyaa mandi...
lenaa tidoq...ayaqq liurrrr wei....hahaha...
aku blom ready lg...aishhh
nie time balik...ceria even penat..tp..nana mmg g nie...hahaha

huhu...rasanya takat nie dulu yooo...ape2 pn..enjoy dgn korang sume...thanx n sorry if ade wat clap slama 2hr dalam hutan nie...especiaalllyyy group 3...yg mane kot2 time aku masak,,,x sedap ke....kalo sedap x po...tp aku ngaku...mmg x reti masak...main taram jea....janji masak kan...thanx skali lagi.....hopefully...keceriann ini akan berkekalan....insyaAllah....


Saturday, 19 March 2011

perpisahan & hikmahnya...

Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

me n beloved h

Daisypath Anniversary tickers