Nabi Muhammad SAW pernah menasihatkan bahawa tanggung jawab seorang ayah ialah mengahwinkan anak gadisnya cepat-cepat. Lalu baginda ditanya, lelaki macam mana yang hendak dipilih? Baginda menjawab, “Carilah lelaki yang beriman dan bertaqwa. Kalau dia sukakan anak kamu, dia akan menyayanginya dengan penuh kasih sayang. Tapi kalau dia tak suka pada anak kamu, dia takkan menzalimi isterinya…” Menzalimi ni bermaksud, macam gantung tak bertali, tidak diceraikan isterinya, tetapi tidak disempurnakan tanggung jawab nafkah zahir dan batin. Mungkin juga menzalimi dengan cara zihar, macam yang orang Arab Jahiliyyah dulu selalu buat untuk merendahkan martabat isteri, zihar ni bermaksud menyamakan tubuh isteri dengan ibu si suami. Boleh juga dianggap menzalimi isteri apabila suami berzina di luar dengan wanita lain yang bukan isterinya, sedangkan yang halal ada di rumah. Kes-kes belasah isteri, penderaan mental, melacurkan isteri sendiri, etc. adalah contoh-contoh suami yang berlaku zalim pada isteri. Dan banyak juga kisah, suami yang kahwin lain, asyik mahsyuk dengan bini muda dan buat tak tahu dah dengan isteri pertama, itupun zalim namanya. Bila direnung nasihat Rasulullah SAW ni, terasa betapa mendalamnya maksud baginda. Sebab tu kita boleh tengok generasi datuk nenek kita dulu. Diorang kahwin arranged marriage, tak wujud rasa cinta, malah ada yang lepas bercucu-cicit pun masih belum timbul rasa cinta. Amazingly diorang tak bercerai hingga ke akhir hayat, boleh aje hidup elok-elok walaupun terpaksa berpura-pura, in fact semua tanggung jawab zahir batin mampu saja dilaksanakan dengan sempurna. The point is, takde rasa cinta bukan lesen untuk menzalimi isteri. Bear in mind, once diterima akadnya, isteri tu jadi amanah buat suami yang bakal ditanya oleh Allah di Padang Mahsyar kelak.
Boleh juga dihujahkan, adakah nasihat Rasulullah itu bermakna bahawa bila husband dah tak suka pada his wife, then to avoid dari berlaku zalim, ceraikanlah isteri itu dengan cara yang baik, begitukah? Sebab ada aje yang cakap, kalau dah tak suka, lepaskan aje, biar isteri cari suami lain, biar isteri cari kehidupan baru, biar isteri kecapi kebahagiaan sendiri yang tak mungkin dikecapi dalam perkahwinannya. Well, cerai ni sepertimana semua orang tahu, merupakan perkara halal yang paling dibenci Allah. Sebab tu jangan letakkan pada pertimbangan akal dan emosi suami isteri semata-mata to turn to that last resort when dispute arises. Waktu berkelahi, sama-sama tengah panas, sama-sama tak waras. Pulak tu ada third party interferes, mak ayah la, adik-beradik la, kawan-kawan la, bekas boyfriend or girlfriend la, lagilah keputusan untuk bercerai tu jadi terlalu banyak penyebabnya. Actually undang-undang syariah kat Malaysia ni kira okay jugalah, memperuntukkan bahawa kalau lafaz cerai dilafazkan di luar mahkamah, boleh didenda RM1000. Walaupun orang kaya tak heran pun kalau setakat denda RM1000, tapi sebenarnya tujuan undang-undang ni dibuat ialah untuk memastikan pasangan Muslim kalau nak bercerai pun, pergi kaunseling dulu, pergi court dulu, biar hakim yang putuskan sama ada pasangan tu sesuai bercerai atau tidak. Mungkin penyelesaian masalah mereka bukan terletak pada perceraian, tapi ada solution lain. Yang tu biar hakim yang tentukan, sebab hakim ni ada ilmu, ada pertimbangan yang jauh lebih baik dari pasangan yang tengah bertelagah tu. Kalau lepas perbicaraan, hakim rasa memang this couple lebih elok bercerai dari terus bersama, then hakim akan order si suami untuk melafazkan talak dalam mahkamah. Lafaz talak tu dilafazkan dalam suasana yang tenang, after all relevant issues have been considered by qadhi. Macam tu ye sepatutnya, wahai para suami sekelian. Bukan main suka-suka hati lafaz talak kat merata-rata tempat, bukan ikut mana sempat aje sampaikan talak dilafaz through SMS, bukan ikut sedap mulut nak lafaz guna perkataan macam-macam dengan double meaning sampai kena clarify kat court, bukan main rembat aje lafaz cerai hari ni esok tarik balik minggu depan cerai semula.

Cuba bayangkan… Ada yang menceraikan isteri hanya selepas 12 hari berkahwin, inai kat jari pun belum hilang lagi. Ada yang menceraikan isteri just after a month, saudara mara sebelah isteri pun tak habis kenal lagi. Ada yang menceraikan isteri hanya selepas dua tiga tahun berkahwin, personal loan buat belanja kenduri kahwin dulu pun belum habis bayar lagi. Ada yang menceraikan isteri ketika isteri tengah mengandung, dibiarkan isteri terkontang-kanting jaga diri sendiri throughout pregnancy. Ada yang menceraikan isteri ikut sesedap rasa, siang cerai, malam rujuk, minggu depan cerai lagi, sampaikan bila kes dibawa ke mahkamah, dah tak tahu dah berapa kali sebenarnya cerai rujuk diorang. Ada yang menceraikan isteri sebab nak kahwin lain dan bakal isteri baru tak sanggup bermadu, sebaliknya minta si suami ceraikan isteri tua siap-siap, lalu isteri yang dah hidup sekian lama dengan dia dicampak ke tepi macam kain buruk. Ada yang menceraikan isteri dengan cerai taklik, sometimes lafaz taklik yang sangat ridiculous, contohnya kalau isteri bercakap dengan lelaki maka jatuh talak tiga, hiduplah isteri penuh berjaga-jaga, nak jadi cerita isteri terangkat telefon dan caller tu adalah lelaki, terus jatuh talak tiga. Ada yang menceraikan isteri setelah beranak-pinak tujuh lapan orang, ditinggalkan isteri macam tu aje suruh besarkan anak-anak tanpa diberi nafkah. Ada yang menceraikan isteri ketika isteri takde pekerjaan, dahlah without any qualification, sebab dulu-dulu kahwin lepas SPM dan suami tak izinkan continue studies, so bila diceraikan isteri buntu nak meneruskan hidup macam mana. See? Itulah contoh-contoh bagaimana perceraian itu adalah satu bentuk penghinaan dan kezaliman yang dilakukan oleh seorang suami kepada isterinya!

Suami yang menceraikan isterinya tanpa sebab yang kukuh adalah suami yang zalim. Zalim dari perspektif merendahkan martabat seorang wanita, menganggap isteri sebagai barang yang tiba masanya akan buruk, busuk, basi, tak berguna dan tak diperlukan. Apa definisi “sebab yang kukuh” yang membolehkan lafaz cerai? Yang ni biar qadhi yang tentukan, adakah masalah rumah tangga tu sampai perlu kepada perceraian. “Aku ceraikan kau!” samalah seperti mengatakan bahawa si isteri tidak lagi diperlukan dalam hidupnya sebagai suami. I selalu tertanya-tanya, sepanjang hidup berumah tangga, setelah isteri menyerahkan tubuhnya, jiwa raganya dan maruahnya menjadi milik suami, setelah isteri mengabdikan dirinya untuk menguruskan rumah tangga dan keperluan suami, setelah isteri berkorban mengandung, melahir dan membesarkan zuriat suaminya, takkan takde secebis pun perasaan suami untuk mengangkat martabat isterinya ke tempat yang sewajarnya? Bila bergaduh aje, terus isteri ditendang keluar dari hidupnya macam takde nilai. Sebab tulah I menganggap lelaki yang menceraikan isterinya ni sebagai lelaki yang tempang agamanya. Even kalau dia claimed lafaz cerai tu diucapkan secara tak sengaja ketika sedang marah, itupun sebenarnya menunjukkan dia bukan lelaki yang baik, sebab dia takde pertimbangan akal yang waras dan pegangan agama yang jitu. Kalau dia lelaki yang baik, dia akan ikut macam sabda Rasulullah tu, jangan menzalimi isteri hanya sebab tak suka, dah bosan, bengang, tengah marah, isteri yang provoked, salah faham, etc. Lelaki macam ni, talak tu jadi mainan mulut dia. Kalau mereka rujuk semula, ada aje possibilities untuk perceraian berlaku kali kedua. Kalau ditakdirkan dia kahwin semula dengan perempuan lain esok-esok, tak mustahil dia bercerai lagi. Tengok aje keliling kita, banyak aje contoh yang berlaku.

Mari kita berdoa, agar lelaki-lelaki yang kita sayangi… suami, adik-beradik lelaki, anak-anak lelaki, saudara-mara lelaki, kawan-kawan lelaki, orang-orang lelaki yang kita kenal, tidak tergolong dalam lelaki-lelaki yang berlaku zalim terhadap isteri masing-masing. Kenapa Allah anugerahkan kuasa talak itu di tangan lelaki, bukan di tangan perempuan? Sebab Allah Maha Mengetahui, bahawa kaum Adam lebih layak dan lebih bijaksana untuk menjaga kuasa talak itu. Tapi bila kaum lelaki gagal menjaga kuasa talak itu, sebaliknya menjadikan lafaz cerai sebagai bahan mainan, bukti kemenangan dan alat mempertahankan ego, mereka sebenarnya lelaki yang tidak perlu dihormati.
link asal------------>http://asiahaj.blog.friendster.com/2010/08/lafaz-cerai/

chewahhh...cinta2....doa putus cinta...boley d amalkan..alhamdulillah..
ReplyDeletehahaha..hanie....cerita di sebalik cerita....tgk la blog asalnya....
ReplyDelete